KEPELBAGAIAN AKTIVITI SOKONGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK PERIBUMI MELANAU (The Variety of Support Activities in Malay Language Teaching and Learning and Their Impact on the Language Development of Indigenous Melanau Children)
Abstract
ABSTRAK: Kepelbagaian suku kaum di Sarawak menjadikan ia sebuah negeri yang unik dengan pelbagai budaya dan bahasa. Setiap suku kaum di Sarawak menguasai bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pertama (B1) kerana ia adalah bahasa terawal yang dikuasai atau dituturkan oleh seseorang secara semula jadi dalam persekitaran dan budaya linguistik. Justeru, pengaruh bahasa ibunda menjadi cabaran utama kepada kanak-kanak peribumi Sarawak untuk mengembangkan dan menguasai bahasa kedua (B2) sama ada Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain selepas mereka menguasai B1. Ia juga menjadi cabaran kepada guru-guru yang mendidik kanak-kanak masyarakat peribumi di Sarawak menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Kajian ini berfokus kepada bentuk kepelbagaian pelaksanaan aktiviti sokongan yang dilaksanakan oleh guru-guru di salah sebuah sekolah kawasan penempatan murid-murid peribumi Melanau di Mukah, Sarawak terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak termasuklah tahap penguasaan Bahasa Melayu sebagai elemen perkembangan bahasa mereka. Kajian tinjauan yang dijalankan secara kualitatif dan deskriptif ini melibatkan seramai 3 orang guru Bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Kampung Igan, Dalat, Sarawak yang ditemu bual. Berdasarkan dapatan kajian, jelaslah bahawa aspek komunikasi memberi impak besar terhadap perkembangan bahasa seseorang individu lebih-lebih lagi kanak-kanak yang semakin meningkat dewasa yang memerlukan aktiviti sokongan melalui aktiviti komunikasi berkesan. Dapatan kajian mendapati, tahap penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak peribumi Melanau adalah cemerlang dengan kepelbagaian aktiviti sokongan seperti interaksi interaktif, bermain, bahasa berirama, pengucapan awam dan pembacaan buku. Kesannya, kebitaraan sekolah dalam pelbagai lapangan bidang kebahasaan dapat diperkasa melalui keupayaan murid-murid dalam penguasaan Bahasa Melayu.Kata Kunci: Aktiviti Sokongan, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Perkembangan Bahasa, Kanak-Kanak Peribumi, MelanauABSTRACT: Sarawak’s ethnic diversity makes it a unique state, characterized by a multitude of cultures and languages. Each ethnic group in Sarawak is proficient in its respective mother tongue as a first language (L1), as this is the language naturally acquired or spoken earliest within their specific linguistic and cultural environment. Consequently, the influence of the mother tongue presents a significant challenge for indigenous children in Sarawak when developing and mastering a second language (L2)-whether Malay or another language after having already mastered their L1. This also poses a challenge for teachers tasked with effectively guiding indigenous children in Sarawak to achieve proficiency in the Malay language. This study focuses on the various support activities implemented by teachers at a school serving the Melanau indigenous community in Mukah, Sarawak, and examines their impact on children's language development, specifically regarding Malay language proficiency. This qualitative, descriptive survey involved interviews with three Malay language teachers from Sekolah Kebangsaan Kampung Igan in Dalat, Sarawak. The findings reveal that communication plays a pivotal role in an individual's language development-particularly for growing children who benefit from support activities centered on effective communication. The study indicates that the Melanau indigenous children achieved excellent Malay language proficiency through a variety of support activities, such as interactive engagement, play, rhythmic language exercises, public speaking, and reading. Ultimately, the school's excellence in the linguistic domain is bolstered by the students' proficiency in the Malay language. Keywords: Support Activities, Teaching and Learning, Language Development, Indigenous Children, Melanau
// Source
Authors: MOHAMAD NIK MAT PELET, Nurul Najwa Fathanah Affendi, NUR AINAA FATHANAH AFFENDI, Mohammad Fauzan Romli
Institutions: Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Teknologi MARA